Perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi ditangguhkan ke Januari tahun depan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan kenyataan saksi.<br /><br />Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah melapangkan tarikh pendengaran itu hari ini dan esok serta 9 dan 10 November selepas peguam utama Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon untuk menangguhkan perbicaraan itu.<br /><br />Dan hakim menetapkan 21 hari untuk perbicaraan.
